Archive

Posts Tagged ‘ranau’

Putri & Wan (Outdoor Session)

July 14, 2010 Leave a comment

Hai. Apa khabar?

Kira-kira tiga minggu yang lalu, saya mengalami sakit kaki pada bahagian atas pergelangan kaki kanan. Pada mulanya saya fikir ianya cuma sakit biasa sahaja seperti selepas bersukan. Subuh keesokannya (Jumaat Jun 18, 2010) dalam jam 5.00am, saya terjaga dari tidur disebabkan oleh kesakitan yang amat sangat pada pergelangan kaki kanan saya. Saya berdiri untuk mengambil minyak urut di ruang tamu. Saya hampir pitam semasa masuk semula ke bilik. Sepatutnya saya bertolak ke Labuan pada pagi tersebut, namun disebabkan sakit kaki yang teramat sangat, saya terpaksa batalkan. Saya hampir tidak mampu untuk bangun dan berjalan pada masa itu.

Setelah berjumpa dengan doktor, saya disahkan mendapat infection akibat luka dalaman pada pergelangan kaki saya. Setelah disuntik dan diberi ubat-ubatan dan setelah lebih dua minggu, akhirnya saya mampu untuk berdiri. Seterusnya saya sudah mampu untuk berjalan walaupun sangat perlahan.

Walaupun masih belum pulih sepenuhnya, saya terpaksa juga memenuhi tempahan fotografi yang telah dibuat sejak awal-awal lagi. Bukan kerana saya tamak atau perlukan duit, tetapi semua tempahan fotografi yang saya terima adalah atas inisiatif client itu sendiri. Mereka sukakan cara serta gambar yang saya hasilkan walaupun saya akui lebih ramai lagi yang dua tiga kali ganda lebih baik daripada saya. Mereka yang datang mencari saya dan bukannya saya yang mencari mereka. Saya tidak sanggup untuk menghampakan mereka. Sebab itulah saya berusaha juga untuk berjalan walaupun agak perlahan untuk sesi fotografi ini. Nasib baik saya tidak memandu. Hehe. Terima kasih buat Ohgee & Mijan yang bersama-sama dalam sesi jalan-jalan ambil gambar kali ini. Tahniah juga kepada pasangan Putri & Wan.

Pye FS
Portfolio: http://pyefs.daportfolio.com/
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto/
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
Twitter: http://www.twitter.com/pyefs
Blogger: http://fspye.blogspot.com/
YM: my_crewz