Archive

Posts Tagged ‘Desa Cattle’

Putri & Wan (Outdoor Session)

July 14, 2010 Leave a comment

Hai. Apa khabar?

Kira-kira tiga minggu yang lalu, saya mengalami sakit kaki pada bahagian atas pergelangan kaki kanan. Pada mulanya saya fikir ianya cuma sakit biasa sahaja seperti selepas bersukan. Subuh keesokannya (Jumaat Jun 18, 2010) dalam jam 5.00am, saya terjaga dari tidur disebabkan oleh kesakitan yang amat sangat pada pergelangan kaki kanan saya. Saya berdiri untuk mengambil minyak urut di ruang tamu. Saya hampir pitam semasa masuk semula ke bilik. Sepatutnya saya bertolak ke Labuan pada pagi tersebut, namun disebabkan sakit kaki yang teramat sangat, saya terpaksa batalkan. Saya hampir tidak mampu untuk bangun dan berjalan pada masa itu.

Setelah berjumpa dengan doktor, saya disahkan mendapat infection akibat luka dalaman pada pergelangan kaki saya. Setelah disuntik dan diberi ubat-ubatan dan setelah lebih dua minggu, akhirnya saya mampu untuk berdiri. Seterusnya saya sudah mampu untuk berjalan walaupun sangat perlahan.

Walaupun masih belum pulih sepenuhnya, saya terpaksa juga memenuhi tempahan fotografi yang telah dibuat sejak awal-awal lagi. Bukan kerana saya tamak atau perlukan duit, tetapi semua tempahan fotografi yang saya terima adalah atas inisiatif client itu sendiri. Mereka sukakan cara serta gambar yang saya hasilkan walaupun saya akui lebih ramai lagi yang dua tiga kali ganda lebih baik daripada saya. Mereka yang datang mencari saya dan bukannya saya yang mencari mereka. Saya tidak sanggup untuk menghampakan mereka. Sebab itulah saya berusaha juga untuk berjalan walaupun agak perlahan untuk sesi fotografi ini. Nasib baik saya tidak memandu. Hehe. Terima kasih buat Ohgee & Mijan yang bersama-sama dalam sesi jalan-jalan ambil gambar kali ini. Tahniah juga kepada pasangan Putri & Wan.

Pye FS
Portfolio: http://pyefs.daportfolio.com/
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto/
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
Twitter: http://www.twitter.com/pyefs
Blogger: http://fspye.blogspot.com/
YM: my_crewz

Wedding: Alvin & Dazeree (Outdoor Session)

June 9, 2010 6 comments

Hai semua.

Macam lama sudah blog ni tidak diupdate kan? Hehe. Kali ni entry pasal wedding Alvin & Dazeree. Seperti biasa, Habeeb Safri menemani saya untuk cover tugasan ini selama dua hari di Kundasang iaitu untuk reception dan juga sesi fotografi outdoor. Ada terlalu banyak gambar yang best2 dalam masa dua hari saya bersama mereka. Terima kasih atas kerjasama serta layanan hebat dari Alvin & Dazeree serta ahli keluarga mereka. Terima kasih juga untuk Habeeb Safri yang bersama-sama menjayakan tugasan ini. Tugasan kali ni memang sangat2 best! Semoga Alvin & Dazeree berbahagia selama-lamanya 🙂 Thanks for hiring.

Enjoy gambar-gambar outdoor mereka ok! 🙂

And the best photo of that day…

Marvelicious!

Pye FS
Portfolio: http://pyefs.daportfolio.com/
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto/
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
Twitter: http://www.twitter.com/pyefs
Blogger: http://fspye.blogspot.com/
YM: my_crewz

An Evening @ Desa Cattle

August 11, 2009 3 comments

Pagi tu masih lagi rasa penat dan letih. Bangun awal sebab ingat mau gerak awal ke Kundasang. Sempat lagi breakfast dgn Ohgee dekat markas pertemuan Restoran Sri Rasa, pastu sama2 pegi rumah Mai. Ajit time tu sudah bangun, duduk2 dekat ruang tamu sambil hisap rokok Marlboro minum nescafe. Tengok muka dia macam letih ja tapi happy. Maklumlah baru lepas malam pert… hahaha just kidding :p Mula2 ingat mau cancel plan ke Kundasang, sebab cuaca macam mau hujan. Mendung2 suda time tu. Sempat lagi saya minta bantuan talian hayat untuk tanya cuaca dekat Kundasang tu. Hehe. Last2 jadi juga jalan.

Kami bergerak dari Tuaran waktu tengahari, x ingat pukul brapa, yang penting tengahari la. Sebenarnya tiada sorang pun kami tau jalan ke Desa Cattle tuh. Confidence ja melampau-lampau hahaha. Sepanjang perjalanan tu makan keropok ja kami. Mmg saya lapar time tu tapi belum sampai destinasi camana mau makan kan. Dekat2 mau sampai Kundasang, saya pun tanya la informer saya ni (guna sms) jalan mau pegi Desa Cattle tuh. Sampai ja Kundasang, kira mau makan dulu sbb perut berlagu irama rock progressive sudah. Tapi memandangkan Ajit & Mai berpakaian pengantin, x jadi la kami singgah makan dekat situ. Nanti orang ingat diorang kahwin lari plak, dan kami ni saksinya hahaha.

Tia mau cerita pasal signboard tu lagi, sbb suda cerita dalam entry sebelum ni. Hehe. Sampai ja terus shooting, shooting and shooting. Gambar dkt atas tu gambar budak2 yang tinggal dekat sebelah area ladang tuh. Mmg cumil2 kan. Haa suka la saya gambar. Hehe. Memang best dekat situ. Udara, pemandangan, pastu sejuk pula tu. Selain shooting Ajit & Mai, sempat juga kami yang menggambar ni bergambar, pastu ambil gambar budak2 dekat situ, ya la untuk kenangan.

Betul, memang best. Tengok la betapa happy nya saya melihat lembu2 tersebut di ladang tuh. Macam dekat New Zealand oh 😀

Sebenarnya saya kira mau begambar dkt sebelah lembu, ingatkan lembu tu ada yang jinak la. Sekali saya pegi dekat 1 ekor lembu nih, lembu tu antak2 kaki dia, suruh saya lari bah. Sumbung punya lembu. Tiapa. Saya begambar jauh sikit la dari kau.

Ni budak2 yang tinggal dekat area situ. Diorang ni mmg happening & supporting.

Pandai posing lagi tu, pastu yg budak kecik blakang dia tu pandai lagi tu macam dia tau2 saya mau tekan shutter kamera, terus dia tengok haha. Tu yang tambah best tu.







Suka sangat lepas edit gambar ni dekat yang atas tu. Fuhh macam bukan saya la. Haha.

Selipar c Mai. Mana bleh pakai high heels jalan d ladang. High heels untuk photoshoot ja. Hehe.

Pye FS
Flickr: http://www.flickr.com/photos/fspye
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
YM: my_crewz